Saturday, January 30, 2010

kubur


Al-Fatihah keatas rohnya ..
[ ... ]

Thursday, January 28, 2010

yaman ... war

perang di yaman ??

gambar di atas menunjukkan poster tentang ijtima' Ulama' di Yaman, penduduk Yaman akan mempertahankan negara dan agama mereka jika para-para ajnabi (harbi) dtg menyerang.

[ ... ]

Thursday, January 14, 2010

.Happy Birthday Umi.


Selamat Hari Jadi Buat UMI =)

Moga umi panjang umur, hidup n mati diberkati ALLAH s.w.t =)


p/s: ketika Raya 09

[ ... ]

Saturday, January 2, 2010

.Kebesaran ILAHI.

Fulan 1: nak tambah lauk lagi ko ?
Fulan 2: ade lagi ke ?
Fulan 1: goreng la telur sendiri ..
Fulan 2: hmm .. ( pergi ke matbakh ) weh tolong amekkan teloq.
Fulan 3: jap .. nah.
Fulan 2: weh asal smart sgt teloq ni ?


sejak dari peristiwa itu pertemuan hebat di Baitul Munir telah dijumpai , masing2 pakat bising bak kata org kedah , "perok bulu".


ini lah yg dinamakan kebesaran Allah S.W.T. Tiada yg Maha disambah selain-NYA.

.........................................................................................................................................................................


Ukiran nama Allah pada telur


ENAM tahun lalu, Mikail Guclu, 33 dari The Hague, Belanda membawa telur-telur ayam segar yang dibeli dari sebuah ladang ke kedainya untuk dijual.

Bagaimanapun beliau mendapati dua biji telur yang terdapat di dalam bakul itu kelihatan sangat ganjil.

“Ia kelihatan seperti perkataan Arab, tetapi apabila saya amati ia membentuk tulisan Allah,” kata peladang yang mahir empat bahasa itu.


Bagaimanapun pengetahuan Guclu terhadap bahasa Arab amat terhad dan untuk mendapatkan kepastian beliau berjumpa dengan beberapa rakannya.


Jirannya, Mohamad Moncef yang berasal dari Tunisia kemudian mengesahkan corak telur itu membentuk perkataan Allah. Rakannya, Ali Reza Rahiminajed yang berasal dari Iran juga mengesahkan perkara yang sama.


Akhbar The Guardian melaporkan, Guclu percaya apa yang ditemuinya itu tanda kebesaran Allah dan kemuliaan agama Islam dan beliau kemudiannya menyerahkan telur itu kepada masjid berhampiran kediamannya.


Dua hari selepas kejadian itu Guclu menemui pula biji kacang ajaib sewaktu sedang menampinya. Sebelum itu beliau membeli lima kilogram biji kacang dan daripada jumlah itu sebanyak 500 gram biji-biji kacang itu tertera nama Allah.


“Orang mungkin menyangka saya melakukan sesuatu pada biji-biji kacang itu, tetapi saya benar-benar menyatakan ia bukan seperti yang mereka fikirkan, ambil dan tengok jika anda tidak percaya,” katanya.


Katanya lagi, “Saya pernah mendengar kisah-kisah sebegini sebelum ini, tetapi saya tidak sangka ia akan berlaku kepada saya.”
[ ... ]

Tuesday, December 22, 2009

sekolah !

Kini dah masuk bulan Muharam, darasah dah bermula , x boleh dah nak main2. jadual tahun ni padat lagi dripada tahun lepas, dari pagi smpai malam. Tolong Doakan ana di sini ... =) Selamat Menyambut Mall Hijrah !
p/s: terima kasih sarah bgi abg keychain .. =)
[ ... ]

Thursday, December 10, 2009

Aidil Adha

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai

Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban.
Sesungguhnya binatang yang

dikorbankan itu akan datang pada hari
kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan

kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini
diredhai Allah sebelum darah binatang

itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu
berasa lapang dada dan reda akan ibadat

korban yang kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


...................................................................................

Assalamualaikum w.b.t

Aidhil Adha di bumi yaman, tepat jam 6 pagi kami bertolak menaiki coaster ke rumah Pakcik Hardi, setiausaha kedua duta. Seperti biasa kami semua bertakbir sementara menunggu jemaah lain tiba.


Ustad Sukri bertakbir

Khutbah yg disampaikan oleh Ustad Imran



Setelah selesai solat sunnat raya dan khutbah tanpa mengambil masa yg panjang kami bergegas kewasan penyembelihan ( huhu ), 4 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Malang sekali tahun ini tidak kesampaian untuk mengorban unta =(.Betapa terujanya budak2 kt sini bila dapat jumpe lembu besa, tanduk pon nak serupa dengan gajah. haha


byk pengalaman yg ana peroleh dri raya tahun ini, contoh hempap badan lembu, siat kulit lembu , n byk lagi. InsyaALLAH ana akan cube menyembeleh plk pada masa yg akan dtg. doakan ana.=)


Kami wakil ahli Baitul Munir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha




p/s maaf lewat n kini Baitul Hikmah secara rasminya akan menjadi Baitul Munir



[ ... ]

Thursday, December 3, 2009

Syahid menuntut ilmu

Satu fatwa pernah ditanya kepada seorang ulama terkemuka di Mesir, Syeikh Atiyyah saqar berkenaan...

SYAHID MENUNTUT ILMU

Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah.. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid ?

Al-Bazzar telah meriwayatkankan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

(( إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد ))
“ Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW :

(( من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع ))
“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”

Daripada sini, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

disini, ana ingin menceritakan tentang sahabat atau boleh dikatakan adik ana yg baru meninggal dunia semalam waktu subuh dalam pkul 4.30am 2 december 2009 Yaman. Nak ceritanya disini kematian beliau tidak pasti sama ada di rumah atau didalam teksi. Betapa aman dan senyapnya kematian beliau hatta kami x sedar dan fikirkan beliau sedang enak tidur.

Kejadian aneh ketika pengkuburan:

Ketika semua org berlendangan airmata, salah seorg dari penziarah ternampak 2 pasang burung putih mengelilingi kubur jenazah. Cuba kite renungkan kembali tentang kesah 3 ekor burung yang mengiringi ruh para syuhada: Syahid Imam Samudera, Syahid Amrozy, dan Syahid Ali Ghufron di indonesia. tidak same ke ? Berdasarkan hadis di atas mengenai org yg menuntut ilmu , dia adalah di jalan ALLAH sehinggalah pulang. Jadi saudara ana disini sedang menuntut ilmu dan masih belum pulang lagi ke malaysia. InsyaALLAH Syahid!!


sahabat ku As-syahid Afif Izzudin B. Norzalan InsyaALLAH !

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
[Hadith Riwayat Bukhari).
[ ... ]